Jom Tambah DUIT

28 Mac 2009

Hari ini datang lagi..

Tak sangka pejam celik dah suku tahun kita lalui untuk 2009. Terasa cepat waktu berlalu seperti berlari pulak rasanyer.. Tak mungkin boleh dihentikan sekiranya kita sendiri tidak tangkas untuk mengejarnya.

Segalanya memang masa berlalu begitu cepat. Sedar tak sedar bulan April ini ulang tahun kelapan anaknda ketiga nih. Tak pulak terdengar die meminta yang bukan-bukan untuk hadiah ulang tahun kelahirannya kali ini. Mungkin dia pun paham agaknya kan masalah yang dihadapi oleh kedua ibu dan ayahnya kali ini..

25 Februari 2009

kenapa jadi begini...?

Setiap hari biler nak balik kerja je aku mesti bengang dengan sikap para pemandu nih..! ade ke patut aku yang dah Q lama dan sanggup tunggu hampir setengah jam pun boleh sabar inikan pulak dia orang nih...!

Sesuka hati diorang jer nak cilok dan terus potong Q kita orang yang dah lama tunggu nih..Tapi aku amat-amat berharap agar diorang ni suatu hari nanti akan dapat pengajaran daripada perbuatan mereka sendiri. Sabar ajelah.. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sakit dan geramnya dengan perbuatan dengan orang yang tak bertimbang rasa macam nih...!

Tapi aku hanya mampu untuk berdoa jer la gamaknya agar orang-orang yang seperti ini cepat-cepat sedar akan perbuatan mereka akan mengundang padah kepada pengguna jalanraya yang lain. Semoga orang-orang ini akan cepat tersedarnya...Amin...