Jom Tambah DUIT

Memaparkan catatan dengan label kenduri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kenduri. Papar semua catatan

07 Ogos 2009

Aktiviti di hujung minggu


Tak tau apa keputusan nak buat nih...! Weekend nih majlis nak hantar pengantin ke sebelah "sana" lak! Dengan keadaan yang agak tak stabil dengan isu-isu H1N1 nih mau tak ngeri rasernyer...

Dah la anaknda sumer baru jer nak pulih dari demam dan batuk...! Memula tu risau gak, iyer la dengan keadaan semasa skrang nih..!

Tadi tergerak hati nak chit chat ngan adinda di Westport. Memula tuh sekadar bertanya khabar dia dan anakndanya... Lepas citer serba sikit akan kerisauan dihati dier meng'offer'kan agar ananknda ditinggalkan di rumahnya weekend nih kalau aku nak ikut la pegi hantar rombongan pengantin...Nasib baik ada adik yang memahami...
Tengok la nanti macam mana...Kena gak tanya ngan hubby kang pepandai sendiri kang apa plak dia kata...kan dia sebagai ketua keluarga...rasanyer dia tak kisah kut sebab dia memang berhajat nak bawa bonda dia gak pegi hantar rombongan pengantin tuh...

Kalau anaknda ada tentu kereta dah penuh! Dahlah kami satu family pun memang dah penuh! Inikan pulak nak tumpangkan orang lain lagi...Walau pun keta dah semakin besar dengan membesarnya anaknda kereta yang luas pun rasa sempit gak...!





31 Julai 2009

Aper-aper je nak merapu nih...!

Dah masuk hari terakhir di bulan Julai...
Malam nie ada kenduri akad nikah keluarga sebelah hubby. Memang nak datang memandangkan rumah makciknya tak jauh pun dari Sepang..kat Nilai jer pun!
Ibaratnyer panjangkan sikit jer leher tu dah nampak dah Nilai dari Sepang....

Tapi memandangkan wajah hubby yang amat keletihan kesian lak... Maklum la dia pun rushing nak balik dari KUA tuk last shpmt MALCON yang start semalam. patutnyer balik hari sabtu tapi dia nak gak balik hari nie itu yang terlalu letih gaknyer my darling tuh!
iyer la dah nama pun kenduri takkan nak datang macam jemputan kan...!Tanya gak kat dier kalau letih sesangat tak yah la datang malam nie esok kita boleh datang gak sebab hari langsungnyer besok 01/08/09.
Dengan syarat kenalah datang sebelum nyamuk bangun kalau boleh lah....Ada ker peribahasa sebelum nyamuk bangun? rasanyer ini peribahasa aku sendiri yang cipta....untuk menambahkan koleksi aku (hahaha.....!)