Jom Tambah DUIT

Memaparkan catatan dengan label orang yang di rindu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label orang yang di rindu. Papar semua catatan

18 Jun 2013

Rindunyer....

As-salam semua. Lama tak menjeguk ke mari huhuhu :). Terlalu banyak peristiwa yang ditempuh sepanjang berhibernasi (boleh ke dipanggil hibernasi? rasanya tak kot sebab macam diabaikan jer 'rumah' ku ini). 

Setahun telah berlalu sejak pemergian bonda tercinta menyahut panggilan Ilahi. Ketiadaan bonda terasa diri ini terkapai-kapai mencari panduan. Walaupun dah ada keluarga sendiri tapi kasih sayang yang bonda  curahkan selama ini tiada tandingan. Kepada semua yang masih memiliki keduanya hargailah orang tuamu selagi hayat mereka ada di kandung badan. Puasa ke-6 genapalah setahun bonda di alam sana. Mungkin telah ditetapkan oleh-NYA, kedua ayahanda dan bonda pergi di bulan yang penuh berkah kan...! Mereka telah bersemadi di sana mendahului kami anak-anaknya. Hanya doa dikirim buat melepas rindu kepada keduanya. Al-Fatihah untuk keduanya. 

Terasa sangat SYAWAL kali ini kosong. Sebelum ini walaupun ayahanda telah tiada tapi bonda masih lagi ada untuk sama-sama meraikan hari lebaran. Tidak untuk kali ini dan tahun-tahun akan datang. Hanya kami adik beradik yang akan meraikan bersama-sama. Untuk adinda sekalian kalau tiba giliran untuk ke rumah bonda tika saat untuk meraikan lebaran lapangkan dirimu dan urusanmu untuk sama-sama pulang ke rumah bonda ye dik!


05 September 2009

Ramadhan Al-Mubarak



Salam... Dah lama rasa tak menjenguk ke sini. Cuba-cuba gak try nak meluahkan rasa di hati tapi tak nak pulak keluar. Apa ntah yang berlaku tak tahu la...
Macam buntu jer..

Tapi alhamdulillah syukur yang kehidupan seharian aku macam biasa gak! Melalui hari-hari di bulan Ramadhan al-mubarak nih teringatkan arwah abah yang telah 11 tahun pergi mengadap Penciptanya. Sedih setiap kali tiba bulan yang mulia ini mesti akan terkenangkan abah.. Abah semoga abah dicucuri rahmat olehNya dan di tempatkan bersama-sama dengan orang-orang mukmin. Amin...


Sebab itu bila tiba bulan yang mulia ini aku akan teringatkan akan makannan kesukaan abah. Macam-macam sebenarnya yang abah suka. Antaranya mee bandung yang juga merupakan kesukaanku. Teringat kisah dulu tatkala pulang bercuti semester pasti abah yang jadi tukang masak aku. Memang tak pernah jemu pun! How I miss him very damn much!!! (sedey wooo...) uhuks!uhuks!

Semoga abah tenang di sana....

17 Julai 2009

Tuntutan Tugas


Hari nie, 26/07/09, my lovely hubby kena outstation ke KUA tuk MALCON West shipmnt. Nanti payah la jugak nak kena terangkan kepada anaknda specially yang kecil tu...Nampak jer cam gitu yang bongsu tu tapi memang manja sesangat ngan ayahndanya..

Agaknya bebudak memang macam tuh la sifatnya. Bila ayahnda ada di depan mata tak berapa nak kisah tapi bila tak nampak batang hidung mula la bertanya berbagai-bagai soalan yang kadang-kala tu malas dah nak jawab...

Sebenarnya dah beberapa kali gak la hubby pergi ke KUA bersama rakan seperjuangan..
tapi itulah setiap kali outstation memang bill telefon lebih sikit daripada biasa belanjanya...iyalah anaknda kalau boleh setiap jam nak dengar suara ayahnda tercintanya.

Untuk tahun nie jer dah ada la dalam 4 e 5 kali dah ke KUA. demi sesuap nasi untu kelurga yang disayangi memang itulah tuntutan kerja yang kekdang tu memerlukan pengorbanan daripada insan tersayang....

24 April 2009

Tinggal kenangan....

Salam semua..dah lama rasanya tak mengemas rumah aku nih... sibuk sudah semestinyer seperti biasa. tugas harian di pejabat takkan habis sehingga kita pencen pun..! betul tak??!

Jumaat lepas, 17/04/09 keluarga sebelah suami kehilangan orang yang disayangi. beliau pergi untuk selamanya meninggalkan dunia ini dan kembali kepada Penciptanya. Ketika ini aku teringatkan arwah abah yang pergi kira-kira 11 tahun yang lalu. begitu terasa kehilangannya terasa seperti baru semalam aku bergelak ketawa dengannya. kadang-kadang tu aku teringat untuk berbual dengan bonda tercinta tersasul lak sebut arwah ni. tapi mujur bonda kesayangan paham dengan situasi ku ini...

Kiranya ini dahulu untuk kali ini. aku ketandusan kata-kata untuk dicoretkan di sini..sehingga berjumpa lagi di lain waktu...