Jom Tambah DUIT

11 November 2009

Tuntutan Tugas


Aku rasa lega sikit kali ini. Semangat aku dah pulih kembali..! Bagaikan baru nak jumpa tuannya... Hahahaha! Macam bagus kan? Yang membuatkan aku seronok betul sebab aku nak balik kampung cuti sekolah ni sekaligus untuk balas balik dendam aku raya yang lepas sebab tak berkesempatan melawat bonda di kampung!


Bukan tak mau nak pulang tapi dihambat kesibukan aku dan suami yang kebetulan lepas raya tempohari agak padat jua jadual hariannya. Memandangkan musim haji yang bakal menjelang jadi dia dipertanggungjawabkan untuk mengatur dan merencanakan jadual pengangkutan bagasi-bagasi para bakal haji tahun ini. Ini bukanlah merupakan kali pertama dia melakukan tugas yang sedemikian bahkan merupakan dah masuk tahun ke-10 dah... Agak membimbangkan kerana jadual haji untuk tahun in agak tidak konsisten seperti tahun-tahun sebelumnya...


Ya la memandangkan bermacam-macam jenis penyakit yang menular kebelakangan ini, menyebabkan segala perjalanan yang diatur dan disusun dengan teliti telah menyebabkan sedikit gangguan. Tapi bukanlah masalah yang besar malah dapat diselesaikan secara baik... Alhamdulillah! Syukur.....