Jom Tambah DUIT

20 Januari 2010

Tahun 2010

Salam semua... Rasanya dah bersawang dah rumah aku nih! huhuhuhu... bukannya tak mau tapi aku terlalu sibuk hinggakan nak melawat blog bloggers yang lain pun tak berkesempatan. (sibuknya mengalahkan PM pulak kan!)

Tahun 2010 dah 3 minggu berlalu. Tak terasakan waktu yang berlalu pergi. Benarlah kata pepatah melayu 'Masa itu Emas". Memang kita tak akan belajar menghargainya sekiranya kita tak pandai untuk menilai akan waktu yang telah berlalu.. Ia pasti takkan kembali walaupun kita mengeluarkan airmata darah sekalipun! Jadi pandai-pandailah kita memanafaatkan masa yang kita lalui. Jadi untuk tahun 2010 yang baru jer menjengah marilah kita sama-sama tanamkan azam untuk menghargai masa...


Sekarang boleh la dikatakan aku agak lapang sedikit jika dibandingkan 2 bulan yang lepas. Boleh la aku menarik nafas kelegaan. Alhamdulillah....

Nanti-nanti aku akan cuba upadate citer terbaru kat sini (itupun kalau aku fikir ianya relevan ngan suanasa dan tempat) Tengoklah macamana... ikut mood aku gak sebenarnya. Kalau tengah rajin dan berkobar-kobar nak luahkan segalanya akan aku lakukan tapi kalau sebaliknya tunggulah bila aku rasa nak update kat sini aku akan buat cam tuh! Adios!