hari ini terlalu penat sangat. tambahan pulak nak cuti sekolah awal bulan jun ini. dah berjanji dengan anaknda nak pulang ke kampung nendanya di Johor. perkara ini sudah pun diberitahu awal-awal lagi seperti booking flight ticket pulak. kesian pun ada gak pada anaknda nie.
keseronokan mula terasa bila cuti sekolahnya bakal menjelma. memang tak boleh nak hampakan satu perjanjian yang tak tertulis tu. begitulah sekiranya dah berjanji dengan anaknda kesayangan. dengan mereka juga tempat nak bergaduh dan bergelak ketawa. siapa lagikan selain orang yang kita cintai dan sayangi sepenuh hati terhadap permata hati ini..
so, sebelum nak bercuti panjang nie kenalah pulak pastikan segala kerja-kerja di pejabat dan yang sewaktu dengannya dibereskan agar bila naik kerja nanti tak adalah nak pening kepala nak organise balik apa-apa yang telah ditinggalkan.
terasa nak menceceh lebih pulak kali nie setelah sekian lama 'rumah' ini dibiarkan sepi... tak apalah kan untuk catatan sendiri jer..kalau ada yang sudi menyinggah dan menjenguk diucapkan berbanyak-banyak terima kasih. kerana siapalah aku ini sebenarnya..