Jom Tambah DUIT

Memaparkan catatan dengan label masa bercuti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masa bercuti. Papar semua catatan

26 September 2009

Cuti lagi ker...?


Dah nak habis cuti raya pun...! So sesi persekolahan akan bermula.

Memang menjadi rutin bila tiba waktu sebegini. Sentiasa dihambat waktu yang selalu tidak kecukupan.


Lagipun aku rasa macam terkurang perancah jer dalam meraikan hari mulia tahun ini. Tak tahu lak kenapa ada rasa cam gitu...

Nak kata tak beraya bersama keluarga tak juga. Walau pun dengan keluarga mertua still lagi keluarga kan! Entahlah.... (mengeluh jer... tak elok tau!)


Kesian lak kat auntie. Raya kedua dia call tanya kenapa tak menjegukkan muka lagi walhal dah jejak jam 2 petang dah kala tu... Laa...rupa-rupanya si adik tak inform ker yang kita orang tak balik tuk tahun nie... Masa sebelum cuti tempohari kata dah cakap. Mesti terlupa kot. Maklumlah adik pun sibuk sebab dia tinggal berdua jer ngan colleague dia. Kena lak cover tuk orang yang bercuti kali ni.


So dah jelaskan pada auntie pastu pandai lak kan aku nie berjanji ngan dia Insya-allah raya haji kelak aku dan family akan menjenguk dia. Jadi macam-macam mana pun aku kena plan tuk cuti nanti. Aku tengok masa tu pun anaknda dah bercuti. Ada peluang la...


Tapi yang sakitnya lepas raya haji ni kena lak prepare for year end audit tuk tahun ni... hai kalau pikirkan pasal kerja memang sampai botak la kepala... Jadi aku kena ikut jer.. Tak payah pusing-pusing peningkan kepala pikirkan semua tu. Mesti kena plan yang begitu baik kalu nak cuti. Hai! Aku ni baru jer lepas cuti raya dah pikir pasal cuti lagi... Teruknyer aku... hahaha...





26 Mei 2009

balik kampung


hari ini terlalu penat sangat. tambahan pulak nak cuti sekolah awal bulan jun ini. dah berjanji dengan anaknda nak pulang ke kampung nendanya di Johor. perkara ini sudah pun diberitahu awal-awal lagi seperti booking flight ticket pulak. kesian pun ada gak pada anaknda nie.

keseronokan mula terasa bila cuti sekolahnya bakal menjelma. memang tak boleh nak hampakan satu perjanjian yang tak tertulis tu. begitulah sekiranya dah berjanji dengan anaknda kesayangan. dengan mereka juga tempat nak bergaduh dan bergelak ketawa. siapa lagikan selain orang yang kita cintai dan sayangi sepenuh hati terhadap permata hati ini..

so, sebelum nak bercuti panjang nie kenalah pulak pastikan segala kerja-kerja di pejabat dan yang sewaktu dengannya dibereskan agar bila naik kerja nanti tak adalah nak pening kepala nak organise balik apa-apa yang telah ditinggalkan.

terasa nak menceceh lebih pulak kali nie setelah sekian lama 'rumah' ini dibiarkan sepi... tak apalah kan untuk catatan sendiri jer..kalau ada yang sudi menyinggah dan menjenguk diucapkan berbanyak-banyak terima kasih. kerana siapalah aku ini sebenarnya..