Jom Tambah DUIT

11 November 2009

Tuntutan Tugas


Aku rasa lega sikit kali ini. Semangat aku dah pulih kembali..! Bagaikan baru nak jumpa tuannya... Hahahaha! Macam bagus kan? Yang membuatkan aku seronok betul sebab aku nak balik kampung cuti sekolah ni sekaligus untuk balas balik dendam aku raya yang lepas sebab tak berkesempatan melawat bonda di kampung!


Bukan tak mau nak pulang tapi dihambat kesibukan aku dan suami yang kebetulan lepas raya tempohari agak padat jua jadual hariannya. Memandangkan musim haji yang bakal menjelang jadi dia dipertanggungjawabkan untuk mengatur dan merencanakan jadual pengangkutan bagasi-bagasi para bakal haji tahun ini. Ini bukanlah merupakan kali pertama dia melakukan tugas yang sedemikian bahkan merupakan dah masuk tahun ke-10 dah... Agak membimbangkan kerana jadual haji untuk tahun in agak tidak konsisten seperti tahun-tahun sebelumnya...


Ya la memandangkan bermacam-macam jenis penyakit yang menular kebelakangan ini, menyebabkan segala perjalanan yang diatur dan disusun dengan teliti telah menyebabkan sedikit gangguan. Tapi bukanlah masalah yang besar malah dapat diselesaikan secara baik... Alhamdulillah! Syukur.....

2 ulasan:

Azlin 773 berkata...

Salam sue .... darpd Na ...
Na kerja sbg guru , memang tuntutan tugas akan bermula tak lama lg . 28 hb 12 ni dah start meeting pertama .

Na mengajar kat SMK Sultan Idris Shah II, Gerik. Na org Kelantan.

Tuntutan tugas ni memang keperluan utama kita kan... suker baca coretan sue ni ttg kehidupan....

Salam persahabatan.
DPd Na . Okt 1977 .

Che Sue berkata...

Salam persahabatan kembali Lin,

Tak sangka lak ada gak rakan di alam maya nie nk menjeguk ke blog sya yg tak seberapa nih!

Dah lama dah tak ke mari.. tengok tu dah bersawang dah pun! hehehe...! bukan malas tapi tak der idea yg nk dirapukan kat sini itu yg sebenarnya...

Guru yer..? satu pekerjaan yg mulia.. sya dulu mmg digalakkan tuk jd sorg pendidik tp rasa diri ni tak mampu la lin! nnt ank murid ikut bengong gak mcm sya gak! naya jer ank org tau! hahaha....

neway thanks for visiting... pls make yourself comfortable... (mcm bagus jer kan?)