Jom Tambah DUIT

Memaparkan catatan dengan label general. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label general. Papar semua catatan

05 Mei 2014

Diya Nordin : #throwback


dan dafodil pun berbunga lagi

Diya Nordin : #throwback:


Throw back :) Godek-godek photobucket, Jumpa header Natalia Natasha atau tajuk barunya ...dan Dafodil pun Berbunga Lagi Phew......



kredit to blog owner...
tahniah to Diya Nordin atas terbitan novel terbaru beliau ...dan Dafodil pun Berbunga Lagi

10 April 2014

IDEA BARU...

Heh! Cam dapat ilham baru pulak rasanyer hari nie... 

Sebenarnya dah lama dah ada dalam perancangan. Kena realisasikan jugak nampaknya. Kena lebih gigh lagi kali ini. GO! GO! GO! Heh hee... :D

Okay tak kalau buat review novel dan cerita seba sikit apa yang dah aku baca? Okay lah eyk!! Baynak dah novel yang dah dibaca, duk terperap jerkat dalam bilik bila semua dah khatam dibelek-belek dari kulit depan hinggalah ke kulit belakang novel-novel aku tu...
Semangat baca novel pun dah berjangkit dengan anaknda-anaknda sume.. Berjayalah kat satu tahap nak galakkan diorang nie membaca...

Aku rasa setakat nie jer dulu sebab tengah berkobar-kobar nak tulis review novel-novel aku yang dah banyak tu... Nanti di lain pos akan cerita pulak pasal novel-novel yang dah aku baca yang ada dalam simpanan. Sebenarnya idea nie datang sebab teringat yang PABKL akan berlangsung tak lama lagi kan..??!! So mesti banyak novel-novel baru yang akan keluar samada daripada penulis yang telah lama dalam bidang ini atau pun yang baru jer nak menempatkan diri.. Apa-apa pun aku sokong para novelis tanahair kita nie. Semoga semua sukses dalam apa jua bidang yang diceburi.. ADIOS!!!

09 April 2014

KESURUPAN

Salam to all.
Lama tak menjengah ke mari akibat kesuntukan masa sentiasa. KERJA! KERJA! KERJA! Sampai bila-bila pun tak akan habis kan...!!?

Nak jadi seperti semut yang gigih berusaha untuk sesuap rezeki. :D (kununnya lah). Kena capai target untuk kali ini, hehehe... Doakanlah yer.. :)

Resmi semut nie seperti kata pepatah "Berat Sama Dipikul Ringan Sama Dijinjing". Sesuatu perkara yang berlaku seharusnya perlukan kesabaran dan keyakinan untuk menjayakannya. Tak semua yang kita capai akan digapai dengan mudah. Tentu terdapatnya liku-liku yang perlu ditempuhi. Jikalau tidak manakan terasa akan manisnya. Kan??!! Kehidupan setiap insan berbeza akan corak yang telah ditentukan oleh-NYA. Telah tertulis di sana. Kenalah terima dengan REDHA. 

Kehidupan kita ini ibarat roda. Adakala berada di atas dan terdapat ketikanya ia akan berada di bawah pula. Maka, dari itu kita hendaklah bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal dilalui... Ingatlah...! Setiap daripada kita telah pun ditentukan rezekinya masing-masing yang perlu diterima dengan penuh keinsafan...

26 Mac 2010

EARTH HOUR

Salam... lama rasanyer tak update kt sini. Sorry sebab masa aku memang tak leh nak diplomasi ngan aku. Sentiasa jer tak leh nak lepak jap (macam yer2 jer kan bz tuh!)

Kali ni nk cakap pasal EARTH HOUR yang mula tahun lepas. Aku tak sempat pun nak ikut serta tahun lepas sebab sejam tu aku dalam perjalanan pulang ke kampung. hehehe... Ingatkan sempat la nak turut serta tapi sampai jer dah jam 10 malam alamat memang tak der harapan la nk sambut sekali..

Anyway, tahun nie ada lagi kan! Jadi dah tanamkan semangat nak join sekali tahun nie.. Harap-harap tak ada la apa-apa program yang last minute. Itu yang selalu miss!



Jangan lupa lak esok hari untuk sama-sama meraikan Hari Bumi ini. Selamatkan la bumi yang dicintai daripada segala kerosakan untuk generasi yang akan datang!


20 Januari 2010

Tahun 2010

Salam semua... Rasanya dah bersawang dah rumah aku nih! huhuhuhu... bukannya tak mau tapi aku terlalu sibuk hinggakan nak melawat blog bloggers yang lain pun tak berkesempatan. (sibuknya mengalahkan PM pulak kan!)

Tahun 2010 dah 3 minggu berlalu. Tak terasakan waktu yang berlalu pergi. Benarlah kata pepatah melayu 'Masa itu Emas". Memang kita tak akan belajar menghargainya sekiranya kita tak pandai untuk menilai akan waktu yang telah berlalu.. Ia pasti takkan kembali walaupun kita mengeluarkan airmata darah sekalipun! Jadi pandai-pandailah kita memanafaatkan masa yang kita lalui. Jadi untuk tahun 2010 yang baru jer menjengah marilah kita sama-sama tanamkan azam untuk menghargai masa...


Sekarang boleh la dikatakan aku agak lapang sedikit jika dibandingkan 2 bulan yang lepas. Boleh la aku menarik nafas kelegaan. Alhamdulillah....

Nanti-nanti aku akan cuba upadate citer terbaru kat sini (itupun kalau aku fikir ianya relevan ngan suanasa dan tempat) Tengoklah macamana... ikut mood aku gak sebenarnya. Kalau tengah rajin dan berkobar-kobar nak luahkan segalanya akan aku lakukan tapi kalau sebaliknya tunggulah bila aku rasa nak update kat sini aku akan buat cam tuh! Adios!

11 November 2009

Tuntutan Tugas


Aku rasa lega sikit kali ini. Semangat aku dah pulih kembali..! Bagaikan baru nak jumpa tuannya... Hahahaha! Macam bagus kan? Yang membuatkan aku seronok betul sebab aku nak balik kampung cuti sekolah ni sekaligus untuk balas balik dendam aku raya yang lepas sebab tak berkesempatan melawat bonda di kampung!


Bukan tak mau nak pulang tapi dihambat kesibukan aku dan suami yang kebetulan lepas raya tempohari agak padat jua jadual hariannya. Memandangkan musim haji yang bakal menjelang jadi dia dipertanggungjawabkan untuk mengatur dan merencanakan jadual pengangkutan bagasi-bagasi para bakal haji tahun ini. Ini bukanlah merupakan kali pertama dia melakukan tugas yang sedemikian bahkan merupakan dah masuk tahun ke-10 dah... Agak membimbangkan kerana jadual haji untuk tahun in agak tidak konsisten seperti tahun-tahun sebelumnya...


Ya la memandangkan bermacam-macam jenis penyakit yang menular kebelakangan ini, menyebabkan segala perjalanan yang diatur dan disusun dengan teliti telah menyebabkan sedikit gangguan. Tapi bukanlah masalah yang besar malah dapat diselesaikan secara baik... Alhamdulillah! Syukur.....

07 Oktober 2009

Cerita biasa

Dah lama rasa tak menjeguk ke rumah nih! Baru ada kelapangan di kala ini. Aku dihambat waktu kala anknda mula ke sekolah setelah bercuti raya tempohari...

Memang dilanda dengan kesibukan tugas-tugas di pejabat. Jadi aku merasakan tangan yang dianugerahkan oleh Yang Esa kalau boleh mintak nak tambah extra memang aku dah request dah! Rasa tak mencukupi waktu yang diperuntukkan untuk melaksanakan segala amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada aku. Semoga aku beroleh kekuatan dan semangat untuk melaksanakan tugas-tugas ini...


Memang la tu sume kerja-kerja harian aku... entah kenapa aku cam rasa tak leh nak buat pulak kali ini... serabut pun ada gak nih! Ya Rabbi, Engkau kurniakanlah aku dengan kekuatan serta keazaman yang boleh aku gunakan untuk melaksanakan amanah yang telah diserahkan kepada aku dengan sesempurna mungkin. Aku tahu yang aku nie merupakan seorang manusia yang mungkin ada melakukan kesilapan hatta sebesar kuman sekalipun. Berilah aku kekuatan yang aku perlukan di kala ini.
Sakit jiwa dan raga tatkala sibuk di pejabat pabila pulang ke rumah terubat jua. Benar seperti yang pernah aku lihat "Home Sweet Home" yang banyak diukir untuk dijadikan kata semangat kala kaki menjejak ke rumah! Alangkah bahagianya...
Itu la kalau kerja yang dirunsingkan sampai bila-bila pun tak akan selesai.. kecuali jika kita sendiri yang menyarah kalah! Pantang bagiku untuk menyerah sebelum sesuatu perjuangan itu diharungi... Insya-Allah akan aku tempuhi segala dugaan ini. Amin.....!

28 September 2009

Award from Swit Hanna

Teruja sesangat bila dapat award from Swit Hanna. Thanx a lot sis! Tak sangka Hanna ada bagi. Baru jer blog walking then terbacalah post Hanna nih!
Walaupun dah beberapa hari dah disebabkan sibuk beraya sakan melayan karenah anaknda jadi memang sedikit meletihkan di waktu-waktu sebegini. Ada dua @ tiga award yang Hanna bagi beserta kad raya lagi tu... tapi amik award jer. Satu pun jadilah kan. Kalau amik sume kang nanti kata tamak haloba. Hahaha! Padahal baru jer berperang ngan hawa nafsu di bulan yang mulia, Ramadhan al-mubarak.
So, apa lagi nak merepek nie? To Hanna selamat berkarya. semoga dilimpahkan idea yang canggih manggih untuk menghasilkan karya yang lebih mantap lagi.... All the best!

08 September 2009

Sekadar Renungan...



Sebenarnya tak tahu nak buat apa hari nih! Lega yang amat sangat sebab baru jer habis closing. Boleh la lepak sikit lepas nih. nasib baik raya tak berapa sibuk sangat. Kalu tak memang tak boleh nak cuti lama... Kesian lak pada anaknda berempat tu...


Iya lah cuti patut boleh gak nak berjalan-jalan tapi kalu bonda n ayahndanya tak boleh nak cuti lama nak bawak berjalan-jalan pun tak boleh macamaner kan! Serupa cam dorg tak cuti.. Tambahan lak dengan macam-macam fenomena yang melanda dunia akhir-akhir nie seriau gak nak keluar rumah! He~~ demi langkah keselamatan.....


Apa lah fikirakan yang mengarut jer aku nih! Nak bercerita aku bukannya penglipurlara. Nak bermadah bersyair aku tidak dianugerahkan kebolehan seperti itu.. jadi sekadar melayan perasaan yang kekadang tu kebosanan maka aku pun try ler berjinak-jinak ngan dunia blogging nie... Padahal tak pernah tau pun apa tu blog n whatsoever nih!


Memang aku rasa yang aku nie buta IT. Tapi kalau kita tak tahu boleh belajar kan! Jadi aku try n error la.. So here I am... dengan rumah yang serba-serbi macam apa ntah nie...

Sorry to say yang aku memang tak berapa pandai dalam IT nih! Inipun aku mengarut jer nie..Mengagau gak la memula tu... Sekarang nih dah ok sikit.. but I'm still learning...


Hahaha~~ aku tak pernah pun nak buat coretan yang panjang-panjang. Sebab? Sebab aku memang tak reti nak bermadah pujangga. Tapi aku amat suka membaca sekadar tuk menambahkan ilmu yang aku ada... Iyalah makin banyak yang kita baca makin banyak yang kita tak tahu... Betapa ilmu Allah ini memang takkan habis kita tuntut seandainya kita diberikan untuk hidup seribu tahun pun!