Jom Tambah DUIT

07 Oktober 2009

Cerita biasa

Dah lama rasa tak menjeguk ke rumah nih! Baru ada kelapangan di kala ini. Aku dihambat waktu kala anknda mula ke sekolah setelah bercuti raya tempohari...

Memang dilanda dengan kesibukan tugas-tugas di pejabat. Jadi aku merasakan tangan yang dianugerahkan oleh Yang Esa kalau boleh mintak nak tambah extra memang aku dah request dah! Rasa tak mencukupi waktu yang diperuntukkan untuk melaksanakan segala amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada aku. Semoga aku beroleh kekuatan dan semangat untuk melaksanakan tugas-tugas ini...


Memang la tu sume kerja-kerja harian aku... entah kenapa aku cam rasa tak leh nak buat pulak kali ini... serabut pun ada gak nih! Ya Rabbi, Engkau kurniakanlah aku dengan kekuatan serta keazaman yang boleh aku gunakan untuk melaksanakan amanah yang telah diserahkan kepada aku dengan sesempurna mungkin. Aku tahu yang aku nie merupakan seorang manusia yang mungkin ada melakukan kesilapan hatta sebesar kuman sekalipun. Berilah aku kekuatan yang aku perlukan di kala ini.
Sakit jiwa dan raga tatkala sibuk di pejabat pabila pulang ke rumah terubat jua. Benar seperti yang pernah aku lihat "Home Sweet Home" yang banyak diukir untuk dijadikan kata semangat kala kaki menjejak ke rumah! Alangkah bahagianya...
Itu la kalau kerja yang dirunsingkan sampai bila-bila pun tak akan selesai.. kecuali jika kita sendiri yang menyarah kalah! Pantang bagiku untuk menyerah sebelum sesuatu perjuangan itu diharungi... Insya-Allah akan aku tempuhi segala dugaan ini. Amin.....!

1 ulasan:

Azlin197 berkata...

Salam Su .... bila baca entry ni .. rasa mcm hampir sama jer dgn Na..

Tapi Na ni lain sikit ..coz dah lama bercuti ... kat umah ngan anak n suami full time masa 's'col holiday' ...

Now .. kena make up my minda back to scol... apa pun.. duty is duty ..

Na tetap akan mendukung tugas mendidik anak bangsa......