Jom Tambah DUIT

17 Jun 2009

Dah mula sekolah


Hari baru minggu baru, lega rasernyer dah balik ke opis. Nasib baik sume kerja-kerja dah sempat siapkan sebelum cuti panjang tempohari.

Seronok memang seronok. Sape tak seronok kalau balik dapat jumpa bonda & ayahnada tersayang. Alhamsulillah mereka berdua tu sihat. Cuma aku rasa terkilan sikit masa hari aku nak balik. Bonda dalam keadaan tak gembira. Aku tau nie mesti dier rase sedih sebab cucu-cucu serta anak menantu dier dah nak balik dah. Memang aku tak boleh nak buat apa-apa pun sebab dah kita sendiri pun kerja makan gaji. Lainlah halnya kalau kita sendiri bos dan kita sendiri kuli. Barulah boleh nak cuti lama-lama. Tambahan pulak tu sesi persekolahan anaknda dah nak mula. Nanti rekod kedatangan tak begitu bagus kalau asyik nak cuti. Lagipun baru jer lepas cuti sekolah.

Aku dah bekerja 3 hari dah. Tapi mood tu kekadang ada kekadang tak der. Macam biskutlah pulak! Aku kena kuatkan semangat aku. Kalau tak hujung bulan nanti time nak closing lagi bertambah sibuk. Sebelum aku dikejar kesibukan yang tak pernah jemu nak kejar aku lebih baik aku settlekan dulu mana-mana yang patut...

03 Jun 2009

Cuti sekolah


huhuhu! keje banyak ssesangat yg melambak kat atas meja aku nih..!dah la nak cuti minggu depan nih... :(

tapi aku kena gak siapkan sebelum aku cuti..yaw semangat lah ckit...habiskan dulu apa yang tertangguh.tension betul system yg aku selalu guna tuk buat keja tergendala pulak minggu nih.macam sesajer jer nak dera aku kali nih!

macam tau-tau jer aku nak g holiday.tu yang menyampah tu..dah la terpaksa stay back sejak Monday ari tu. ingat aku malas nak stay back tuk hari nih.! sian kat anaknda.
terpaksa tunggu bonda n ayahndanya yang terpaksa pulang agak lewat setiap hari nih. dah la cuti sekolah skrang nih!

paper pun aku kena giatkan keja-keja aku sebelum aku g cuti...aku dah pesan kat bos aku kalu aku tak smpat nak abiskan nnt aku bawak balik n email jer dr kg aku nanti. sian gak tengok dier kena tinggal sorang nanti kat opis. tapi bearlah dier. ari tu cuti aku tak cuti jadi biarlah cuti sekolah kali nih turn aku lak ambik cuti

26 Mei 2009

balik kampung


hari ini terlalu penat sangat. tambahan pulak nak cuti sekolah awal bulan jun ini. dah berjanji dengan anaknda nak pulang ke kampung nendanya di Johor. perkara ini sudah pun diberitahu awal-awal lagi seperti booking flight ticket pulak. kesian pun ada gak pada anaknda nie.

keseronokan mula terasa bila cuti sekolahnya bakal menjelma. memang tak boleh nak hampakan satu perjanjian yang tak tertulis tu. begitulah sekiranya dah berjanji dengan anaknda kesayangan. dengan mereka juga tempat nak bergaduh dan bergelak ketawa. siapa lagikan selain orang yang kita cintai dan sayangi sepenuh hati terhadap permata hati ini..

so, sebelum nak bercuti panjang nie kenalah pulak pastikan segala kerja-kerja di pejabat dan yang sewaktu dengannya dibereskan agar bila naik kerja nanti tak adalah nak pening kepala nak organise balik apa-apa yang telah ditinggalkan.

terasa nak menceceh lebih pulak kali nie setelah sekian lama 'rumah' ini dibiarkan sepi... tak apalah kan untuk catatan sendiri jer..kalau ada yang sudi menyinggah dan menjenguk diucapkan berbanyak-banyak terima kasih. kerana siapalah aku ini sebenarnya..

24 April 2009

Tinggal kenangan....

Salam semua..dah lama rasanya tak mengemas rumah aku nih... sibuk sudah semestinyer seperti biasa. tugas harian di pejabat takkan habis sehingga kita pencen pun..! betul tak??!

Jumaat lepas, 17/04/09 keluarga sebelah suami kehilangan orang yang disayangi. beliau pergi untuk selamanya meninggalkan dunia ini dan kembali kepada Penciptanya. Ketika ini aku teringatkan arwah abah yang pergi kira-kira 11 tahun yang lalu. begitu terasa kehilangannya terasa seperti baru semalam aku bergelak ketawa dengannya. kadang-kadang tu aku teringat untuk berbual dengan bonda tercinta tersasul lak sebut arwah ni. tapi mujur bonda kesayangan paham dengan situasi ku ini...

Kiranya ini dahulu untuk kali ini. aku ketandusan kata-kata untuk dicoretkan di sini..sehingga berjumpa lagi di lain waktu...

28 Mac 2009

Hari ini datang lagi..

Tak sangka pejam celik dah suku tahun kita lalui untuk 2009. Terasa cepat waktu berlalu seperti berlari pulak rasanyer.. Tak mungkin boleh dihentikan sekiranya kita sendiri tidak tangkas untuk mengejarnya.

Segalanya memang masa berlalu begitu cepat. Sedar tak sedar bulan April ini ulang tahun kelapan anaknda ketiga nih. Tak pulak terdengar die meminta yang bukan-bukan untuk hadiah ulang tahun kelahirannya kali ini. Mungkin dia pun paham agaknya kan masalah yang dihadapi oleh kedua ibu dan ayahnya kali ini..

25 Februari 2009

kenapa jadi begini...?

Setiap hari biler nak balik kerja je aku mesti bengang dengan sikap para pemandu nih..! ade ke patut aku yang dah Q lama dan sanggup tunggu hampir setengah jam pun boleh sabar inikan pulak dia orang nih...!

Sesuka hati diorang jer nak cilok dan terus potong Q kita orang yang dah lama tunggu nih..Tapi aku amat-amat berharap agar diorang ni suatu hari nanti akan dapat pengajaran daripada perbuatan mereka sendiri. Sabar ajelah.. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sakit dan geramnya dengan perbuatan dengan orang yang tak bertimbang rasa macam nih...!

Tapi aku hanya mampu untuk berdoa jer la gamaknya agar orang-orang yang seperti ini cepat-cepat sedar akan perbuatan mereka akan mengundang padah kepada pengguna jalanraya yang lain. Semoga orang-orang ini akan cepat tersedarnya...Amin...