Jom Tambah DUIT

31 Julai 2009

Aper-aper je nak merapu nih...!

Dah masuk hari terakhir di bulan Julai...
Malam nie ada kenduri akad nikah keluarga sebelah hubby. Memang nak datang memandangkan rumah makciknya tak jauh pun dari Sepang..kat Nilai jer pun!
Ibaratnyer panjangkan sikit jer leher tu dah nampak dah Nilai dari Sepang....

Tapi memandangkan wajah hubby yang amat keletihan kesian lak... Maklum la dia pun rushing nak balik dari KUA tuk last shpmt MALCON yang start semalam. patutnyer balik hari sabtu tapi dia nak gak balik hari nie itu yang terlalu letih gaknyer my darling tuh!
iyer la dah nama pun kenduri takkan nak datang macam jemputan kan...!Tanya gak kat dier kalau letih sesangat tak yah la datang malam nie esok kita boleh datang gak sebab hari langsungnyer besok 01/08/09.
Dengan syarat kenalah datang sebelum nyamuk bangun kalau boleh lah....Ada ker peribahasa sebelum nyamuk bangun? rasanyer ini peribahasa aku sendiri yang cipta....untuk menambahkan koleksi aku (hahaha.....!)

17 Julai 2009

Tuntutan Tugas


Hari nie, 26/07/09, my lovely hubby kena outstation ke KUA tuk MALCON West shipmnt. Nanti payah la jugak nak kena terangkan kepada anaknda specially yang kecil tu...Nampak jer cam gitu yang bongsu tu tapi memang manja sesangat ngan ayahndanya..

Agaknya bebudak memang macam tuh la sifatnya. Bila ayahnda ada di depan mata tak berapa nak kisah tapi bila tak nampak batang hidung mula la bertanya berbagai-bagai soalan yang kadang-kala tu malas dah nak jawab...

Sebenarnya dah beberapa kali gak la hubby pergi ke KUA bersama rakan seperjuangan..
tapi itulah setiap kali outstation memang bill telefon lebih sikit daripada biasa belanjanya...iyalah anaknda kalau boleh setiap jam nak dengar suara ayahnda tercintanya.

Untuk tahun nie jer dah ada la dalam 4 e 5 kali dah ke KUA. demi sesuap nasi untu kelurga yang disayangi memang itulah tuntutan kerja yang kekdang tu memerlukan pengorbanan daripada insan tersayang....

13 Julai 2009

Sahabat


Tak sangka dalam aku berblogging nie ada gak yang nak kenal ngan diri ini...
Terharu nyer rasa di hati...Salam seorang rakan di alam siber nie memang tak mungkin aku hampakan..seboleh-bolehnya aku cuba untuk menjadi seorang sahabat yang boleh menjadi tempat untuk sahabatnya merasa selesa apabila menceritakan perihal dirinya sendiri. Hopefully aku mampu untuk jadi orang yang seperti itu...

Aku pun tak sangka akan diutus dengan kiriman emel daripadanya. Aku anggap dia seperti adikku sendiri memandangkan adik-adikku yang perempuan semua telah mendirikan rumahtangga masing2 serta ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan apabila telah menempuh alam bekeluarga niekan...! Walauapa pun aku gembira sesangat dengan kehadiran sahabat yang satu ini..


05 Julai 2009

Isu di masa kini


Dah lebih enam bulan kita harungi kehidupan di tahun 2009. Kalau cakap pasal kerja memang sampai bila pun tak akan habis.

Bila kenangkan akan keadaan semasa sekarang memang takut sangat nak teruskan hidu ini. Iyelah dengan ekonomi semasa yang tadak berapa tenang. Kalau aku pulang dari kerja lihat kapal terbang yang tersidai lebih dari sehari di parking bay kat airport tu memang kecut jer perut. Specially kapal kargo. Kalau passenger flight tu faham la jugak.. Ini kapal yang angkut kargo from one destination to another.

Walau macamane pun kita kena gak teruskan kehidupan kita di muka bumi ini dan mensyukuri nikmat yang diterima dariNya. Janganlah kita lupa untuk berdoa agar sentiasa dimurahkan rezeki untuk mencari sesuap nasi di kala hayat masih lagi di kandung badan.