
Jom Tambah DUIT
11 November 2009
Tuntutan Tugas

07 Oktober 2009
Cerita biasa
Memang dilanda dengan kesibukan tugas-tugas di pejabat. Jadi aku merasakan tangan yang dianugerahkan oleh Yang Esa kalau boleh mintak nak tambah extra memang aku dah request dah! Rasa tak mencukupi waktu yang diperuntukkan untuk melaksanakan segala amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada aku. Semoga aku beroleh kekuatan dan semangat untuk melaksanakan tugas-tugas ini...
28 September 2009
Award from Swit Hanna

26 September 2009
Cuti lagi ker...?

18 September 2009
Salam Eid Mubarak
Mungkin tak panjang kot coretan kali ni. Iya la dah mood raya dah nie. Office pun dah sunyi sepi macam dilanda garuda ibaratnya... Yang mengelatnya boss aku la... punya la masa awal-awal posa suh kitaorag submit leave form. Sapa yang lambat submit dia tak leh cuti raya. Alih-alih dia yang cuti dulu daripada kitaorang. Nie yang buat aku geram!
Apa la malang aku dapt sorang boss yang macam tu kan perangai dan kelakunya.. Actually dia department head aku. Tapi from the botton of my heart aku rasa dia bukanlah seorang boss yang boleh dicontohi...
Sebabnya..? iya lah aku tengok departmental head yang lain kat office aku ada gak nak belanja anak-anak buah dorang g makan ke, belikan la apa-apa tuk staff diorang sendiri ke bila kuar outstation or holiday... Kekadang tu terasa sangat yang boss aku nie kedekut ngalahkan hj bakhil cam dalam citer P.Ramlee tuh!
Apa la aku nie merepek jer kan...! Dah la nak sambut hari lebaran yang mulia nie... lantak la ngutuk boss sendiri sebab dia cuti pun tak wish eid mubarak kat staff dia... Terukkan...!
So, dikesempatan ini aku nak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. berhati-hati di jalan raya. Ingatlah dalam apa jua yang kita lakukan ada yang menanti kita kembali ke pangkuan mereka... memohon seribu keampunan dalam tersalah kata dan terkasar bahasa. manalah tahukan! Kita rasakan sesuatu yang diperkatakan sebagai gurauan tapi ada yang berkecil hati dan menyentuh jiwa yang sesungguhnya amat sensitif. Maafkan aku dalam segala perbuatan dan tingkah laku ketika di alam maya ini...
Semoga kita beroleh limpah dan rahmat dariNya Yang Maha Esa... Amin....
08 September 2009
Sekadar Renungan...

05 September 2009
Ramadhan Al-Mubarak

Salam... Dah lama rasa tak menjenguk ke sini. Cuba-cuba gak try nak meluahkan rasa di hati tapi tak nak pulak keluar. Apa ntah yang berlaku tak tahu la...
Macam buntu jer..
Tapi alhamdulillah syukur yang kehidupan seharian aku macam biasa gak! Melalui hari-hari di bulan Ramadhan al-mubarak nih teringatkan arwah abah yang telah 11 tahun pergi mengadap Penciptanya. Sedih setiap kali tiba bulan yang mulia ini mesti akan terkenangkan abah.. Abah semoga abah dicucuri rahmat olehNya dan di tempatkan bersama-sama dengan orang-orang mukmin. Amin...
Sebab itu bila tiba bulan yang mulia ini aku akan teringatkan akan makannan kesukaan abah. Macam-macam sebenarnya yang abah suka. Antaranya mee bandung yang juga merupakan kesukaanku. Teringat kisah dulu tatkala pulang bercuti semester pasti abah yang jadi tukang masak aku. Memang tak pernah jemu pun! How I miss him very damn much!!! (sedey wooo...) uhuks!uhuks!
Semoga abah tenang di sana....
23 Ogos 2009
07 Ogos 2009
Aktiviti di hujung minggu

Tak tau apa keputusan nak buat nih...! Weekend nih majlis nak hantar pengantin ke sebelah "sana" lak! Dengan keadaan yang agak tak stabil dengan isu-isu H1N1 nih mau tak ngeri rasernyer...
Dah la anaknda sumer baru jer nak pulih dari demam dan batuk...! Memula tu risau gak, iyer la dengan keadaan semasa skrang nih..!
Tadi tergerak hati nak chit chat ngan adinda di Westport. Memula tuh sekadar bertanya khabar dia dan anakndanya... Lepas citer serba sikit akan kerisauan dihati dier meng'offer'kan agar ananknda ditinggalkan di rumahnya weekend nih kalau aku nak ikut la pegi hantar rombongan pengantin...Nasib baik ada adik yang memahami...
Tengok la nanti macam mana...Kena gak tanya ngan hubby kang pepandai sendiri kang apa plak dia kata...kan dia sebagai ketua keluarga...rasanyer dia tak kisah kut sebab dia memang berhajat nak bawa bonda dia gak pegi hantar rombongan pengantin tuh...
Kalau anaknda ada tentu kereta dah penuh! Dahlah kami satu family pun memang dah penuh! Inikan pulak nak tumpangkan orang lain lagi...Walau pun keta dah semakin besar dengan membesarnya anaknda kereta yang luas pun rasa sempit gak...!
31 Julai 2009
Aper-aper je nak merapu nih...!
Malam nie ada kenduri akad nikah keluarga sebelah hubby. Memang nak datang memandangkan rumah makciknya tak jauh pun dari Sepang..kat Nilai jer pun!
Ibaratnyer panjangkan sikit jer leher tu dah nampak dah Nilai dari Sepang....
Tapi memandangkan wajah hubby yang amat keletihan kesian lak... Maklum la dia pun rushing nak balik dari KUA tuk last shpmt MALCON yang start semalam. patutnyer balik hari sabtu tapi dia nak gak balik hari nie itu yang terlalu letih gaknyer my darling tuh!
iyer la dah nama pun kenduri takkan nak datang macam jemputan kan...!Tanya gak kat dier kalau letih sesangat tak yah la datang malam nie esok kita boleh datang gak sebab hari langsungnyer besok 01/08/09.
Dengan syarat kenalah datang sebelum nyamuk bangun kalau boleh lah....Ada ker peribahasa sebelum nyamuk bangun? rasanyer ini peribahasa aku sendiri yang cipta....untuk menambahkan koleksi aku (hahaha.....!)